Powered By Blogger

New Job...

New Job...

Wednesday, April 28, 2010

Insurance...

Salam....

Hari rabu 21-04-2010 aku dapat call dari Prudential. Depa promote Enchanced Hospital Income Plan. RM73/monthly. Memang kebetulan sebab aku memang tengah mencari exrta protection untuk diri aku. Since komitment bertambah, so kene la keje kuat, bile dah keje lebih, bertambahlah risikonye. So tak salah rasenye aku simpan sikit duit dan pada masa yang sama aku akan dapat extra protection.
Memang untung Tele-Marketing yang call aku hari tu, sebab penerangan dia complete tapi yang aku paling consider premiun setiap bulan tu memang dalam budget aku. Tapi policy ni hanya untuk 15 tahun aje. So lepas 15 tahun, dan policy dah matang, boleh ler dikeluarkan duit simpanannya....
Setakat ni aku dah ade Personal Accident, Life Policy, Medical Policy dan ni yang terbaru Hospital Income Plan.

Coverage...
Policy ni protect kite kalau masuk hospital aje. Bile masuk je hospital, kita akan dapat elaun RM300 sehari untuk 750 hari dalam tempoh 15 tahun. Kalau masuk ICU RM600 sehari untuk 30 hari dalam setahun. Dan bile policy matang selepas 15 tahun ade la tabungan sikit. Tu yang penting. Tak kire masuk sepital Gomen or Private depa akan bayar, disebabkan kemalangan atau sakit. Tapi mesti admit paling kurang 6 jam baru dikira dimasukkan ke hospital. So pesakit luar tidak dikira...

Setakat ini aku rase cukup dulu insurance untuk aku. Kalau ditakdirkan aku meninggal dunia, adalah sedikit tinggalan aku buat yang tersayang. Mungkin tak sebanyak mana, tapi mungkin boleh menampung sedikit sebanyak. Ini adalah salah satu faktor orang membeli insurance...

Monday, April 19, 2010

01 April...

Salam...

Lamenye aku tak update rumah aku nih. Tapi ape pon tidak kulupakan dia bersama-sama rakan-rakan bloger yang lain,

Ape yang istimewanya 01 April? Tarikh itu adalah tarikh aku dinikahkan bersama isteriku (Watie). Tahun 2010 ini genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami. Dengan dikurniakan seorang Puteri (Nisa), kami sungguh bahagia.
Jadi pada tahun ini sambutan dekat KB dan macam biasa sambutan kecil-kecilan bersama keluarga sahaja. Sekadar mengingati dan menghargai pengorbanan masing-masing.
Makan malam pada 02/04/10, ber-tiga aje. Lokasi di Horizon Restaurant. Level 3 star kot, sebab rega dia 3 kali ganda mahal dari biase. Tapi sekali sekala punye pasal, tak jadi masalah...





Menu masakan thai. White tom yam, udang goreng, sotong goreng dan ayang goreng lemon. Yang pasti semua hidangan tak pedas, harap-harap nisa boleh makan sekali....

Tengah sedap-sedap makan, Nisa pulak meragam. Mengamuk dia hari tu, ntah ape yang tak kena. Mungkin dia mengantuk kot, sebab dia tak tido petang tu.... spoil la, tapi tak pe la, dalam kalut-kalut kenyang jugak...

Sememangnya aku mengharapkan perhubungan ini akan kekal selamanya dan sentiasa deberkati oleh Ilahi.
AMIN.

p/s: sebenarnya banyak yang berlaku dalam tempoh terdekat ni, akan diceritakan dari masa kesemasa...

Wednesday, February 10, 2010

My Darling.

Salam....

Post ini ditujukan khas buat my late darling WMK9057. Hari ini adalah hari terakhir aku bersamanya kerana dia telah bersama tuan yang baru disaat ini. Pagi tadi adalah hari terakhir aku mambawanya ke office dan tengah hari tadi telah diambi oleh tuan barunya....

Served me along 5 years. Macam² kenangan aku dgn kete aku tu. Suka, duka, macam² ler. Setia dia dengan aku tanpa banyak karenah. Tapi sampai satu tahap, aku terpaksa melepaskan nya. Aku harap dia akan bekhidmat sebaik mungkin dengan tuan baru dan aku mengharap tuan baru akan menjaganya dengan baik.

Who`s next? tungguuuu.....

p/s: walau policy aku, kete adalah hamba aku dan aku bukan hamba kete, sedih jugak aku. Hamba yang setia dah menjadi teman aku mencari rezeki untuk keluarga.... Thanks my darling.

Wednesday, December 30, 2009

Kenangan 2009 & Plan 2010...

Salam...

2009 akan melabuhkan tirai hari esok. Yang pasti dah teramat pasti, masa tetap berjalan dan usia akan terus menigkat.

Kenangan 2009 aku banyak senyum dari menangis. Kerja makain baik, simpanan maintain, kesihatan ditahap yang terbaik, keluarga pon baik....

2009 tiada kematian dikalangan keluarga terdekat dan rakan² yang rapat, dan ia harus diingati selalu kerana kita semua akan melalui detik tersebut. Dah harus sentiasa bersedia...

So plan 2010 aku...
1. Try back to klang velly
2. Make another investment (insurance is prefer)
3. Holiday family trip (twice a year)
4. New computer
5. New car (optional and depend on pocket)
6. Burn colestrol
7. New handphone

Cukup ler tu, takut tak tercapai pulak nanti...

Long term plan...
Nak pegi Haji. So macam mane nak buat? Simple plan aku save RM100 sebulan. Setaun dah RM1200. Sepuluh taun dah RM12,000.00. Tu tak kire interest lagi tu. ASB pon announce 8% last year. So kalau diizankan tuhan 10 tahun dari sekarang aku nak pi haji. InsyaALLAH.


Wednesday, December 23, 2009

Bonus + Increment...

Salam...

Semalam memang happy coz dapat memo from HQ.

Bonus 1 bulan gaji masuk hari esok (24/12)
Increment RM200.00/ month effective 01-01-2010.

Alhamdullilah murah rezeki aku sekeluarga. Ni yang membuatkan aku lebih bersemangat nak berkerja nih...

"Ya-Allah, berikanlah aku kekuatan, kesihatan dah ketabahan dalam menjalani kehidupan seharian demi keluargaku dan umat Islam seluruhnya"... Amin.

p/s: meh le kengkawan datang KB. Aku belanjer Nasi Ulam, masakan kampung selera Kelantan. Tak mau budu, cecah sambal belacan. (aku pon tak makan budu ni walau dah dekat 2 taun stay dekat KB).

Tuesday, December 22, 2009

weight²...

Salam...

Semalam adalah hari yang mengejutkan. Setelah sekian lame aku tak naik penimbang (last sebelum puase ari tu). Jadi aku try ler memanjat penimbang tuh. Latest weight 90KG. Mak aihh, beratnye haku...

Dengan ketinggian 180CM, berat 90KG. BMI aku lebih kurang 27. Normal dari 18 - 24.9. Aku dah tergolong dalam kategori overweight nih. Kene lakukan sesuatu nih...

Aku kalau bab makan memang selera, taruk ler ape pon. Inysa-ALLAH lalu jer aku makan. So bile nak berdiet ni, memang a bit problem jugak ler. Tapi aku akan cuba. Antara langkah² yang aku cuba buat:

1. Ambik sarapan yang berat. Tapi tengah hari just makan roti aje.
2. Kurangkan nasi bile makan malam. Tido pon kene awal, kalau overnight perut cepat lapar.
3. Puase on every Moday.
4. Senaman at least once a week.

Cukup ler tu, kalau banyak sangat nanti tak terbuat pulak. Target aku dapat maintain 80KG pon dah ok tu. So aku kene loss 10KG. Aku akan cube...

Sunday, December 20, 2009

b&w photo contest...

Salam...


my pic..

Thanks to mamarempit which intoduce me to join the contest. As i concerned, the contest not very formal but very interesting to join. As long the as the date not expired, we can join this contest.

Tajuk Pict: Whare is my meals?
Stay at foodcourt but tongkat dagu aje... Soft editing with current tools.

Cheers....