Powered By Blogger

New Job...

New Job...

Wednesday, April 28, 2010

Insurance...

Salam....

Hari rabu 21-04-2010 aku dapat call dari Prudential. Depa promote Enchanced Hospital Income Plan. RM73/monthly. Memang kebetulan sebab aku memang tengah mencari exrta protection untuk diri aku. Since komitment bertambah, so kene la keje kuat, bile dah keje lebih, bertambahlah risikonye. So tak salah rasenye aku simpan sikit duit dan pada masa yang sama aku akan dapat extra protection.
Memang untung Tele-Marketing yang call aku hari tu, sebab penerangan dia complete tapi yang aku paling consider premiun setiap bulan tu memang dalam budget aku. Tapi policy ni hanya untuk 15 tahun aje. So lepas 15 tahun, dan policy dah matang, boleh ler dikeluarkan duit simpanannya....
Setakat ni aku dah ade Personal Accident, Life Policy, Medical Policy dan ni yang terbaru Hospital Income Plan.

Coverage...
Policy ni protect kite kalau masuk hospital aje. Bile masuk je hospital, kita akan dapat elaun RM300 sehari untuk 750 hari dalam tempoh 15 tahun. Kalau masuk ICU RM600 sehari untuk 30 hari dalam setahun. Dan bile policy matang selepas 15 tahun ade la tabungan sikit. Tu yang penting. Tak kire masuk sepital Gomen or Private depa akan bayar, disebabkan kemalangan atau sakit. Tapi mesti admit paling kurang 6 jam baru dikira dimasukkan ke hospital. So pesakit luar tidak dikira...

Setakat ini aku rase cukup dulu insurance untuk aku. Kalau ditakdirkan aku meninggal dunia, adalah sedikit tinggalan aku buat yang tersayang. Mungkin tak sebanyak mana, tapi mungkin boleh menampung sedikit sebanyak. Ini adalah salah satu faktor orang membeli insurance...

Monday, April 19, 2010

01 April...

Salam...

Lamenye aku tak update rumah aku nih. Tapi ape pon tidak kulupakan dia bersama-sama rakan-rakan bloger yang lain,

Ape yang istimewanya 01 April? Tarikh itu adalah tarikh aku dinikahkan bersama isteriku (Watie). Tahun 2010 ini genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami. Dengan dikurniakan seorang Puteri (Nisa), kami sungguh bahagia.
Jadi pada tahun ini sambutan dekat KB dan macam biasa sambutan kecil-kecilan bersama keluarga sahaja. Sekadar mengingati dan menghargai pengorbanan masing-masing.
Makan malam pada 02/04/10, ber-tiga aje. Lokasi di Horizon Restaurant. Level 3 star kot, sebab rega dia 3 kali ganda mahal dari biase. Tapi sekali sekala punye pasal, tak jadi masalah...





Menu masakan thai. White tom yam, udang goreng, sotong goreng dan ayang goreng lemon. Yang pasti semua hidangan tak pedas, harap-harap nisa boleh makan sekali....

Tengah sedap-sedap makan, Nisa pulak meragam. Mengamuk dia hari tu, ntah ape yang tak kena. Mungkin dia mengantuk kot, sebab dia tak tido petang tu.... spoil la, tapi tak pe la, dalam kalut-kalut kenyang jugak...

Sememangnya aku mengharapkan perhubungan ini akan kekal selamanya dan sentiasa deberkati oleh Ilahi.
AMIN.

p/s: sebenarnya banyak yang berlaku dalam tempoh terdekat ni, akan diceritakan dari masa kesemasa...