Powered By Blogger

New Job...

New Job...

Tuesday, June 30, 2009

Apprisal.

Salam...


Musim menilai dah kembali. Esok aku akan dinilai oleh supperior aku yang datang dari HQ. Adehh boringnye la bile time apprisal ni kembali. Tapi dah comp role kan, nak buat macam mane.


Harap² esok ade perkhabaran gembira dari boss. Mane tau dapat naik gaji, naik gred. Tapi walau ape pon perkhabarannya, aku akan tetap berkerja dengan bersungguh-sungguh.

Monday, June 22, 2009

Basikal Baru Nisa...

Ye ye dapat basikal baru. Orang lain tak boleh tompang, boleh tengok je...


Sunday, June 21, 2009

KB - KL - KB Within 24 hour.

Salam.

Last weekend officemate mintak tolong ambikkan kete dekat Subang Jaya. So dengan senang hati aku pun on aje. Ade kekngkawan mintk bantuan so kite tolong mane yang termampu. Proton Saga baru tu. Plate no WSS1184 kaler hitam.



Dari KB jam 2100 naik Sani Ekspress. Bas baru, selesa memang selesa tapi drebar tak pasang radio la. Sunyi je, memalam pulak so bende paling afdhal ialah tido. Aku ni bab tido tak cerewet sangat macam bab makan jugak. Kalau dah time tido, belasah je dekat mane² pon.





Sampai KL pukul 0511 hari Jumaat. Adei awalnye sampi. Dekat Hentian Putra pulak ramai orang pagi tu. Dari mane tah depa sampai. So aku terus pi dekat Putra Komuter Station. Ambik Ticket direct to Subang Jaya. 0550 dari Putra - 0645 sampai Subang Jaya. Cari masjid, mandi and solat. Siap semua tunggu member dari Subang nak pi Proton Edar.


Sampai lokasi dalam 0830. Janji dengan salesmen dalam sebelom pukul 0900. Tapi dia lewat pulak. So cool dulu (penat² pon kene cool jugak). Aku pon tawaf le Proton Edar tu, tempat lame aku mencari rezeki. Ramai lagi rakan² lame dekat situ. So borak² le ape yang patot.


Setel semua urusan dalam pukul 0930. Aku pon dah salam dangan rakan² so cabot ler. Tak mau la kacau lame² sebab depa keje hari tu. Nanti kene DI susah pulak. Call rakan MO so jumpe dekat TTDI Jaya. Memang bagus sebab perot dah lapo nih. Dari pagi makan roti gardenia je.


1000 sampai TTDI. Park kedai mamak pekene nasi kandaq kari kambing. Perot lapo so belasah sampai abis nasi sepinggan. Cik Cute datang borak² sampai 1100. Ade plan lain nak jumper ex office mate dekat Batu Caves. ( sorry ye cik cute tak de ole²).


Samapai Batu Caves 1200. Tunggu member siap keje dulu. Cari port minum² borak² lagi. Dia ajak makan, menu best Nasi Ayam Dara. Tengok ayam goreng tu, perghhhh macam best aje. Tapi nak drive long distance ni, terpaksa tolak. Takut ngantuk mase drive nanti.


1330 tayar golek balik ke KB. Drive kete baru so tak boleh nak laju, dalam 80km/h aje. So layan aje la. Syok woo drive kete baru semua steady lagi. Drive straight sampai Gua Musang berenti rehat n solat. Sambung lagi sampai le ke Pasir Tumboh (rumah aku) time mase tu 2040. Millage trip 480KM. Perjalanan smooth sebab tak banyak lori n tak jammed. Tu yang cepat sampai walau drive 80km/h aje. Ngam² 24 jam keluar dari rumah.

Samapai rumah dah penat tapi syukur selamat pegi and kembali. 2 orang puteri ni pon dah tunggu aku. Terima kasih semua rakan² yang banyak membantu mase aku dekat sane. Dan ramai rakan² yang tak sempat nak jumpe. Datang atas urusan orang lain, so tak leh nak lepak lelame. Lain kali la kot.

p/s. Aku bawak camera tapi maleh nak ambik gambar. Gambar copy dari internet je.

Monday, June 15, 2009

Nisa ...

Bile genap je setahun, Baby Nisa dah mule belajar berjalan. Sebelom tu dah boleh jalan, tapi kene bergantung pada sesuatu. Bile dapat melangkah seronok betul tengok aksi dia. Dari sehari ke sehari kaki Nisa makin kuat berjalan. Sekarang dah mula stabil walau masih macam robot. Aku pon dah bagi lesen berjalan dekat luar. Seronok la tu dah boleh berjalan.








Seronok tengok Nisa dah pandai berjalan. Sekarang ni bile pegi Shopping Complex Nisa mesti nak turun and jalan sendiri. Masaalahnye Nisa belom cukup pandai nak berjalan sendiri dekat tempat ramai orang macam tu. So kene beli barang cepat², tak larat nak layan karenah Nisa.

p/s: Nisa cepat besar ye... nanti cepat dapat adik.

Sunday, June 14, 2009

Cuti² Malaysia

Last week Aku cuti panjang sikit. Balik kg 5 hari.

So bile balik kg seronok tapi memenatkan. Seronok sebab boleh jumpe sanak sedara (jarang balik kg) dan yang penatnye nak drive 470KM (dekat sehari). Adeiii sakitnye kaki menekan paddle.

Biasenla aku gerak pagi dari KB. Lebih kurang 0830. So bile awal ni boleh drive rilek sikit. Sambil borak² tengok² tepi. Bile sampai Machang je, mem bg tau "Abang dompet tertinggal". Alamak nak kene patah balik ke? Dah heading dalam 40KM ni. Cube checked dulu. "Tak de jugak la". Sure kene patah balik. Aku dah sikit geram, stop kete and relax kejap. Rase macam nak marah, rase macam tak nak marah. So aku decide tak mau marah, patah balik jugak dengan muke yang kelat.

Mase tu aku belajar sesuatu, jangan cepat sangat nak marah sebab kalau marah² pon tetap kene patah balik jugak dan akan spoil kan holiday tu je. So aku cool je walau bengang. Dah bazir dekat sejam setengah nak pusing². Lepas tu singgah Ipoh pick up kakak and sampai SG Besar dah petang dalam pukul 1900. Adeiiii kebas satu badan. Tapi syukur selamat sampai.


Kalau lalu Hiway Timur Barat dari Jeli ke Gerik kene jage² kalau terjumpa gajah. Aku pernah terjumpa 2 kali, Syukur tak jadi ape².

Bile daha balik kg, ade la buat majlis sikit. Sempena hari lahir anak aku dan Mem besar. Selang seminggu jer. Dalam keluarga belah mem aku ramai yang lahir awal bulan 6 ni. So masuk le name ramai².

Ni la 2 orang puteri dalam hidup aku. Penawar hati duka... hehehe

Tu kek dia.

Ni la akibat kalau suruh budak setahun potong kek. Dipegangkan pisau buat potong kek, dia nak pisau tu nak buat main. Dah jenuh nak ambik balik pisau tu.


Dalam penat² balik kg ari aku ade jugak turun KL. Rindu la dekat KL ni, dah lame tak menjengok tempat lame. Tapi time very limited. Ni yang maleh kalau balik kg time cuti sekolah. Bayak sangat jemputan Walimatul Urus so tak dapat nak ronda habis-habisan. Tak pe la, nanti panjang umur n murah rezeki aku akan turun lagi.


View dari mesjid negara. Nanti la tunggu anak besar sikit, baru syok nak jalan².

Abis je cuti, 09-06-2009 balik le semula ke KB. Adeiii nak drive lagi. Nak mengharung perjalanan yang jauh. Petatah kate, jauh perjalanan luas pemandangan. Aku kate, jauh perjalanan penat badan. Tapi ape pon syukur aku selamat pergi dah balik. Kalau badan penat, rahat je ialang le penat tu.






Tuesday, June 2, 2009

Smoke

Salam.

Sempena hari tanpa tembakau pada 31-05-2009 (dah lepas dah tarikh tu).

Aku dulu pengguna tembakau jugak dari 1996 sampai 2004 lebih kurang la. Dari sekolah menengah lagi aku dah start smoking ni (sekolah si Liz la). Sampai le aku keje. Tapi lame² aku rase bosan dan yang penting sekali membazir. Tu yang aku cube berenti...
Banyak kali aku cuba untuk berenti, tapi sia². Hati tak kuat nak berenti, tu yang tak jadi je. Tapi Alhamdullilah akhirnya aku berjaya keluar dari ketagihan merokok. Kini aku bebas dan kini aku pon benci nak cium asap rokok.
Macam mane boleh berenti. Ade yang kate sebab perempuan, tapi bagi aku tak kot. Sebab aku dapat berenti sebelum aku kenal Mem aku.

Yang paling utama kalau nak berenti merokok iman kene la kuat, kene bersungguh² la. Jangan sekerat jalan jer. Mase baru² nak berenti dulu, aku kene ade gula² dalam poket. Bile rase nak smoking je makan gula² tu. Lama² bile dah jadi habit dapat le tahan ketagihan tu. Dan Syukur aku dapat keluar dari ketagihan merokok. Beli la ubat mahal macam mane pon tapi kalau hati tak kuat nak berenti, sia² je.

Dulu mase baru² smoking ni, nak tyr² je. Tapi lelama jadi habit. Susah nak tinggal. Tapi sekarang bile dah free smoke ni aku kuat makan le pulak. Airbag aku dah naik. Dari tabiat merokok aku tukar ke tabiat makan le pulak. Member² mase belajar dulu terkejut tengok aku sekarang sebab dah makin membesar (perot aku jer). Tapi yang aku boleh rase, aku sehat dan jarang dapat penyakit. Syukur Alhamdullilah.
Nasiblah perokok² semua, anda telah didiskriminasikan. To ladies, anda lebih berisiko untuk mendapat penyakit berbanding lelaki. So please avoid smoker and dont be a smoker.
p/s: Rokok makin mahal sekarang ni. Since aku dah stop smoking, banyak dah jimat ni. Jom aku belanja makan. Sup Ketam Special.