Powered By Blogger

New Job...

New Job...

Sunday, June 14, 2009

Cuti² Malaysia

Last week Aku cuti panjang sikit. Balik kg 5 hari.

So bile balik kg seronok tapi memenatkan. Seronok sebab boleh jumpe sanak sedara (jarang balik kg) dan yang penatnye nak drive 470KM (dekat sehari). Adeiii sakitnye kaki menekan paddle.

Biasenla aku gerak pagi dari KB. Lebih kurang 0830. So bile awal ni boleh drive rilek sikit. Sambil borak² tengok² tepi. Bile sampai Machang je, mem bg tau "Abang dompet tertinggal". Alamak nak kene patah balik ke? Dah heading dalam 40KM ni. Cube checked dulu. "Tak de jugak la". Sure kene patah balik. Aku dah sikit geram, stop kete and relax kejap. Rase macam nak marah, rase macam tak nak marah. So aku decide tak mau marah, patah balik jugak dengan muke yang kelat.

Mase tu aku belajar sesuatu, jangan cepat sangat nak marah sebab kalau marah² pon tetap kene patah balik jugak dan akan spoil kan holiday tu je. So aku cool je walau bengang. Dah bazir dekat sejam setengah nak pusing². Lepas tu singgah Ipoh pick up kakak and sampai SG Besar dah petang dalam pukul 1900. Adeiiii kebas satu badan. Tapi syukur selamat sampai.


Kalau lalu Hiway Timur Barat dari Jeli ke Gerik kene jage² kalau terjumpa gajah. Aku pernah terjumpa 2 kali, Syukur tak jadi ape².

Bile daha balik kg, ade la buat majlis sikit. Sempena hari lahir anak aku dan Mem besar. Selang seminggu jer. Dalam keluarga belah mem aku ramai yang lahir awal bulan 6 ni. So masuk le name ramai².

Ni la 2 orang puteri dalam hidup aku. Penawar hati duka... hehehe

Tu kek dia.

Ni la akibat kalau suruh budak setahun potong kek. Dipegangkan pisau buat potong kek, dia nak pisau tu nak buat main. Dah jenuh nak ambik balik pisau tu.


Dalam penat² balik kg ari aku ade jugak turun KL. Rindu la dekat KL ni, dah lame tak menjengok tempat lame. Tapi time very limited. Ni yang maleh kalau balik kg time cuti sekolah. Bayak sangat jemputan Walimatul Urus so tak dapat nak ronda habis-habisan. Tak pe la, nanti panjang umur n murah rezeki aku akan turun lagi.


View dari mesjid negara. Nanti la tunggu anak besar sikit, baru syok nak jalan².

Abis je cuti, 09-06-2009 balik le semula ke KB. Adeiii nak drive lagi. Nak mengharung perjalanan yang jauh. Petatah kate, jauh perjalanan luas pemandangan. Aku kate, jauh perjalanan penat badan. Tapi ape pon syukur aku selamat pergi dah balik. Kalau badan penat, rahat je ialang le penat tu.






2 comments:

OKLiz said...

Wah lama ko cuti!!

Mestila best dpt balik kmpung.

p/s Rindunya kat kmpng halaman. huhuhu

Aspalela said...

Alhamdulillah....
selamat pergi dan selamat kembali...