Powered By Blogger

New Job...

New Job...

Sunday, June 14, 2009

Cuti² Malaysia

Last week Aku cuti panjang sikit. Balik kg 5 hari.

So bile balik kg seronok tapi memenatkan. Seronok sebab boleh jumpe sanak sedara (jarang balik kg) dan yang penatnye nak drive 470KM (dekat sehari). Adeiii sakitnye kaki menekan paddle.

Biasenla aku gerak pagi dari KB. Lebih kurang 0830. So bile awal ni boleh drive rilek sikit. Sambil borak² tengok² tepi. Bile sampai Machang je, mem bg tau "Abang dompet tertinggal". Alamak nak kene patah balik ke? Dah heading dalam 40KM ni. Cube checked dulu. "Tak de jugak la". Sure kene patah balik. Aku dah sikit geram, stop kete and relax kejap. Rase macam nak marah, rase macam tak nak marah. So aku decide tak mau marah, patah balik jugak dengan muke yang kelat.

Mase tu aku belajar sesuatu, jangan cepat sangat nak marah sebab kalau marah² pon tetap kene patah balik jugak dan akan spoil kan holiday tu je. So aku cool je walau bengang. Dah bazir dekat sejam setengah nak pusing². Lepas tu singgah Ipoh pick up kakak and sampai SG Besar dah petang dalam pukul 1900. Adeiiii kebas satu badan. Tapi syukur selamat sampai.


Kalau lalu Hiway Timur Barat dari Jeli ke Gerik kene jage² kalau terjumpa gajah. Aku pernah terjumpa 2 kali, Syukur tak jadi ape².

Bile daha balik kg, ade la buat majlis sikit. Sempena hari lahir anak aku dan Mem besar. Selang seminggu jer. Dalam keluarga belah mem aku ramai yang lahir awal bulan 6 ni. So masuk le name ramai².

Ni la 2 orang puteri dalam hidup aku. Penawar hati duka... hehehe

Tu kek dia.

Ni la akibat kalau suruh budak setahun potong kek. Dipegangkan pisau buat potong kek, dia nak pisau tu nak buat main. Dah jenuh nak ambik balik pisau tu.


Dalam penat² balik kg ari aku ade jugak turun KL. Rindu la dekat KL ni, dah lame tak menjengok tempat lame. Tapi time very limited. Ni yang maleh kalau balik kg time cuti sekolah. Bayak sangat jemputan Walimatul Urus so tak dapat nak ronda habis-habisan. Tak pe la, nanti panjang umur n murah rezeki aku akan turun lagi.


View dari mesjid negara. Nanti la tunggu anak besar sikit, baru syok nak jalan².

Abis je cuti, 09-06-2009 balik le semula ke KB. Adeiii nak drive lagi. Nak mengharung perjalanan yang jauh. Petatah kate, jauh perjalanan luas pemandangan. Aku kate, jauh perjalanan penat badan. Tapi ape pon syukur aku selamat pergi dah balik. Kalau badan penat, rahat je ialang le penat tu.






Tuesday, June 2, 2009

Smoke

Salam.

Sempena hari tanpa tembakau pada 31-05-2009 (dah lepas dah tarikh tu).

Aku dulu pengguna tembakau jugak dari 1996 sampai 2004 lebih kurang la. Dari sekolah menengah lagi aku dah start smoking ni (sekolah si Liz la). Sampai le aku keje. Tapi lame² aku rase bosan dan yang penting sekali membazir. Tu yang aku cube berenti...
Banyak kali aku cuba untuk berenti, tapi sia². Hati tak kuat nak berenti, tu yang tak jadi je. Tapi Alhamdullilah akhirnya aku berjaya keluar dari ketagihan merokok. Kini aku bebas dan kini aku pon benci nak cium asap rokok.
Macam mane boleh berenti. Ade yang kate sebab perempuan, tapi bagi aku tak kot. Sebab aku dapat berenti sebelum aku kenal Mem aku.

Yang paling utama kalau nak berenti merokok iman kene la kuat, kene bersungguh² la. Jangan sekerat jalan jer. Mase baru² nak berenti dulu, aku kene ade gula² dalam poket. Bile rase nak smoking je makan gula² tu. Lama² bile dah jadi habit dapat le tahan ketagihan tu. Dan Syukur aku dapat keluar dari ketagihan merokok. Beli la ubat mahal macam mane pon tapi kalau hati tak kuat nak berenti, sia² je.

Dulu mase baru² smoking ni, nak tyr² je. Tapi lelama jadi habit. Susah nak tinggal. Tapi sekarang bile dah free smoke ni aku kuat makan le pulak. Airbag aku dah naik. Dari tabiat merokok aku tukar ke tabiat makan le pulak. Member² mase belajar dulu terkejut tengok aku sekarang sebab dah makin membesar (perot aku jer). Tapi yang aku boleh rase, aku sehat dan jarang dapat penyakit. Syukur Alhamdullilah.
Nasiblah perokok² semua, anda telah didiskriminasikan. To ladies, anda lebih berisiko untuk mendapat penyakit berbanding lelaki. So please avoid smoker and dont be a smoker.
p/s: Rokok makin mahal sekarang ni. Since aku dah stop smoking, banyak dah jimat ni. Jom aku belanja makan. Sup Ketam Special.


Sunday, May 31, 2009

Happy Birthday...


Salam.
Selamat hari lahir yang pertama anakku. Nurul Khairunnisa.
Semoga Nisa cepat membesar dan menjadi orang yang berguna kelak.
Papa akan sedaya upaya akan membentuk Nisa supaya menjadi orang yang berguna.





Member aku kate kalau penat keje or tension pasal keje jangan balik rumah dulu. Kene pi relax² dulu. Tapi aku tak, walau serabut macam mane pon aku akan terus balik rumah. Layan anak aku yang sorang ni, sure ilang semua serabut dekat kepala. Lupe kejap pasal keje.


p/s: aku baru sorang anak, macam² karenah. tak terlayan kekadang tu. Kalau ramai anak macam la ye nak melayan karenahnye?



Thursday, May 28, 2009

Mid Term...

Salam.

Sebelom ni ramai orang tanye aku macam mane nak buat no 2 kecik (²).

Jawapannye senang je. Press Alt (hold) and pres 3325 from block no area. (not no at spaced area)

Alt( hold) 3+3+2+5. Lepas alt mesti jadi punye.

p/s dekat note book tak pernah try... sape² ade note book boleh la try jadi ke tidak.



Wednesday, May 20, 2009

ermmmm

Salam...

2-3 hari ni ade la sesikit bz. Bukan pasal keje, tapi pasal surfing internet. Bile jumpe site atau forum yang syok, mule la melekat dekat pc. Kusyukje membaca. Sebenarnye aku memang suke membaca dari menulis.

Nak menulis ni kene ade tajuk, isi, ending. Etikanye pulak jangan menyakiti atau menghina orang atau pihak lain. Nampak macam senang, tapi kalau tengah blurr, jawabnye empty la blog aku nih.
Actually aku sebuk mentelaah cite pasal moto n kereta. Idaman aku tu. Kawasaki ER-6N dgn Peogeot 406.


Ini dia Kawasaki ER-6N. Spec 600cc, model taun 2008. Harga kalau baru dalam RM30K. Kalau 2nd hand dalam RM27K-RM28K. Arhgg mahalnye, loan motor bukan macam loan kete. Down pament kene tinggi, interest bank pon tinggi, dah tu loan tak leh lame. Max 5 taun je. Kenape aku suke ER-6N nih, sebab dia naked bike. Tak nampak ganas sangat. Cool and relax. Kalau nak compare dengan yang lain dia lah yang paling murah.

Ni pulak Peogeot 406. Ni gambar kete cite TAXI yang famous tuh. Aku tak le idamkan yang racing sangat. Model ni sekarang yang ade 2nd hand aje. Ari tu siap pegi used car pg tengok kete. Harga dia RM20K, boleh kurang lagi. Memang menawan. Cumenye dekat KB ni tak boleh nak buat loan, kene cash. Kalau dekat Klang velly sure boleh loan lagi. Teknologi dia yang buat aku syok, continental car full of technology. Comfort macam BMW, tapi harga murah lagi dari BMW.

Mengenagkan keinginan aku ni.... Tak terpikir rasenye. Tapi bile muhasabah diri sikit. Aku tetap letak family 1st. Kalau aku bujang, sure aku rembat semua tuh. Keje siang malam pon tak pe, janji boleh dapat ape yang diinginkan. Tapi keadaan sekarang tak boleh la. Aku lebih utamakan Takaful family aku, SSPN anak aku, saving esok², yang tu lagi penting hari ni. Aku kene fikir hidup hari ini sebelum mempunyai impian dan harapan untuk mase depan. (ayat novel mama)

Tapi impian tetap impian. Tanpa impian hidup tak akan jadi kenyataan. (ayat adflin shauki dalam cite sial hati). Care yang terbaik, aku kene tingkatkan usha, kene keje keras. Moga² murah rezeki nanti dapat le aku memiliki ape yang diimpikan....

Monday, May 11, 2009

Cube Taka...

Lately ni bz sikit la, tak sempat nak mengentry. Tapi tak pe, simple question je...

Muke baby yang dekat tengah tu macam muke sape? Papa or Mama.

Rasenye macam muke papa dia kot... hehehehe

Monday, May 4, 2009

convoi.

Aku ni kalau cite bab convoi² ni memang excited. Tapi syok ke convoi ramai²? Aku jarang gi convoi, tak berape syok la kalau ramai sangat. Semak n sesak. Aku suke alone, indipendant. Senang nak buat decision. .
Tapi kalau tengok orang berkonvoi memang aku suke tengok, nampak syok je. Boleh gelak reramai, lepak² dekat RnR. Lagi aku suke kalau ade tourist yang naik moto or caravan around the world, kalau aku jumpe sure aku tegur. Tapi long distance traveller ni tak ramai, biasenye kurang dari 5 orang.


Ade sape tau model ape moto ni? Lagi tua dari aku moto² ni... memang excited


1May hari tu aku travel balik kg dari KB to Pahang (lame tak balik ni). So time hari cuti memang bayak orang convoi. Tengah makan² dengan puteri² ade la sekumpulan moto lame berkonvoi dan stop dekat RnR Gua Musang (dekat pulak dengan tempat aku makan). Ape lagi, mulela dok toleh² moto lame tu. Besi buruk pon boleh gerak lagi. Dah le jalan tak laju, boleh pulak dari Selangor to Kelantan convoi. Macam mane la depa daki bukit tujuh, sure macam kura².

tengah² panas tu aku heret baby aku bergambar sekali excited punye pasal.


Convoi motor classic ni kene ade lorry yang escort. Kalao motor to meragam tepi jalan, dah tak boleh nak repair, angkut je terus naik lorry dengan tuan dia sekali. Aku excited betul dengan motor classic ni sebab jarang jumpe. Rase macam nak pinjam je moto tu, dapat bawak sekejap pon tak pe la. Tapi sure tuan dia tak kasi.

Balik dari Pahang aku lalu Terengganu selisih lagi dengan konvoi ni. Tapi nampak atas jalan je la, so aku horn je.

p/s- Orang kate: jauh perjalanan, luas pandangan. aku kate; jauh perjalanan penat badan. adeii