Powered By Blogger

New Job...

New Job...

Tuesday, May 17, 2011

Buku baru...

Salam...

Lamanya saya tak jenguk blog ini. Macam tak buat ape2 langsung untuk tempoh terdekat ini.

Banyak benda yang berlaku dalam kamus hidup ku. Seperti yang didoakan, banyak perkara yang mengembirakan dari perkara yang mendukacitakan.

Buku baru untuk entry ini ialah saya akan bertukar tempat kerja pada awal June ini. Saya akan berkerja di Etiqa Isurance. Anak syarikan Maybank Bhd. Wah jadi members Maybank pulak la ye. Seperti biasa, perasaan untuk ke tempat baru macam takut jugak, tapi perlu dihadapi dengan tenang. Saya akan jaga 3rd party property damage.

Selamat tinggal buat Kurnia Insurans. Mula berkhidmat 05/11/2007. Lebih kurang 3 tahun setengah, banyak pengalaman yang dapat dicedok semasa dengan kurnia. Pastinya semua pengalaman itu dapat saya gunakan pada masa mendatang. Ucapan selamat tinggal dan terima kasih buat semua.

Wassalam....

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah.....

Salam....

Lamenye aku tak up-date blog aku nih....

Sempena tahun baru hijrah ni, aku akan mengaktifkan kembali blog aku nih. Banyak pencapaian yang mengembirkan pada tahun lepas. Dan semoga tahun baru ini dan tahun2 yang mendatang akan lebih mengembirakan.

Selamat tahun baru buat semua, semoga lebih diberkati dan lebih mengembirakan.

Tuesday, June 1, 2010

Happya Birthday to my little darling....

Salam,

Khas buat Nurul Khairunnisa, Selamat Hari Lahir yang ke-2 (31/05/2010). Semoga Nisa cepat besar dan....

Papa sungguh berbesar hati melihat Nisa membesar dengan sihat dan normal seperti kanak² yang lain. Papa harap Nisa akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan. Papa berjanji akan membesarkan Nisa sedaya upaya Papa agar Nisa menjadi insan yang berguna kelak.

Papa sungguh sayang pada mu Nisa dan sukar digambarkan dengan kata². Tiada yang lebih indah didunia ini melainkan melihat keluargaku berada dalam keaddan sihat dan sejahtera.

Semoga Nisa dapat membaca dan memahami coretan Papa ini pada masa akan datang....

p/s: coteran ikhlas dari ....

Wednesday, April 28, 2010

Insurance...

Salam....

Hari rabu 21-04-2010 aku dapat call dari Prudential. Depa promote Enchanced Hospital Income Plan. RM73/monthly. Memang kebetulan sebab aku memang tengah mencari exrta protection untuk diri aku. Since komitment bertambah, so kene la keje kuat, bile dah keje lebih, bertambahlah risikonye. So tak salah rasenye aku simpan sikit duit dan pada masa yang sama aku akan dapat extra protection.
Memang untung Tele-Marketing yang call aku hari tu, sebab penerangan dia complete tapi yang aku paling consider premiun setiap bulan tu memang dalam budget aku. Tapi policy ni hanya untuk 15 tahun aje. So lepas 15 tahun, dan policy dah matang, boleh ler dikeluarkan duit simpanannya....
Setakat ni aku dah ade Personal Accident, Life Policy, Medical Policy dan ni yang terbaru Hospital Income Plan.

Coverage...
Policy ni protect kite kalau masuk hospital aje. Bile masuk je hospital, kita akan dapat elaun RM300 sehari untuk 750 hari dalam tempoh 15 tahun. Kalau masuk ICU RM600 sehari untuk 30 hari dalam setahun. Dan bile policy matang selepas 15 tahun ade la tabungan sikit. Tu yang penting. Tak kire masuk sepital Gomen or Private depa akan bayar, disebabkan kemalangan atau sakit. Tapi mesti admit paling kurang 6 jam baru dikira dimasukkan ke hospital. So pesakit luar tidak dikira...

Setakat ini aku rase cukup dulu insurance untuk aku. Kalau ditakdirkan aku meninggal dunia, adalah sedikit tinggalan aku buat yang tersayang. Mungkin tak sebanyak mana, tapi mungkin boleh menampung sedikit sebanyak. Ini adalah salah satu faktor orang membeli insurance...

Monday, April 19, 2010

01 April...

Salam...

Lamenye aku tak update rumah aku nih. Tapi ape pon tidak kulupakan dia bersama-sama rakan-rakan bloger yang lain,

Ape yang istimewanya 01 April? Tarikh itu adalah tarikh aku dinikahkan bersama isteriku (Watie). Tahun 2010 ini genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami. Dengan dikurniakan seorang Puteri (Nisa), kami sungguh bahagia.
Jadi pada tahun ini sambutan dekat KB dan macam biasa sambutan kecil-kecilan bersama keluarga sahaja. Sekadar mengingati dan menghargai pengorbanan masing-masing.
Makan malam pada 02/04/10, ber-tiga aje. Lokasi di Horizon Restaurant. Level 3 star kot, sebab rega dia 3 kali ganda mahal dari biase. Tapi sekali sekala punye pasal, tak jadi masalah...





Menu masakan thai. White tom yam, udang goreng, sotong goreng dan ayang goreng lemon. Yang pasti semua hidangan tak pedas, harap-harap nisa boleh makan sekali....

Tengah sedap-sedap makan, Nisa pulak meragam. Mengamuk dia hari tu, ntah ape yang tak kena. Mungkin dia mengantuk kot, sebab dia tak tido petang tu.... spoil la, tapi tak pe la, dalam kalut-kalut kenyang jugak...

Sememangnya aku mengharapkan perhubungan ini akan kekal selamanya dan sentiasa deberkati oleh Ilahi.
AMIN.

p/s: sebenarnya banyak yang berlaku dalam tempoh terdekat ni, akan diceritakan dari masa kesemasa...

Wednesday, February 10, 2010

My Darling.

Salam....

Post ini ditujukan khas buat my late darling WMK9057. Hari ini adalah hari terakhir aku bersamanya kerana dia telah bersama tuan yang baru disaat ini. Pagi tadi adalah hari terakhir aku mambawanya ke office dan tengah hari tadi telah diambi oleh tuan barunya....

Served me along 5 years. Macam² kenangan aku dgn kete aku tu. Suka, duka, macam² ler. Setia dia dengan aku tanpa banyak karenah. Tapi sampai satu tahap, aku terpaksa melepaskan nya. Aku harap dia akan bekhidmat sebaik mungkin dengan tuan baru dan aku mengharap tuan baru akan menjaganya dengan baik.

Who`s next? tungguuuu.....

p/s: walau policy aku, kete adalah hamba aku dan aku bukan hamba kete, sedih jugak aku. Hamba yang setia dah menjadi teman aku mencari rezeki untuk keluarga.... Thanks my darling.

Wednesday, December 30, 2009

Kenangan 2009 & Plan 2010...

Salam...

2009 akan melabuhkan tirai hari esok. Yang pasti dah teramat pasti, masa tetap berjalan dan usia akan terus menigkat.

Kenangan 2009 aku banyak senyum dari menangis. Kerja makain baik, simpanan maintain, kesihatan ditahap yang terbaik, keluarga pon baik....

2009 tiada kematian dikalangan keluarga terdekat dan rakan² yang rapat, dan ia harus diingati selalu kerana kita semua akan melalui detik tersebut. Dah harus sentiasa bersedia...

So plan 2010 aku...
1. Try back to klang velly
2. Make another investment (insurance is prefer)
3. Holiday family trip (twice a year)
4. New computer
5. New car (optional and depend on pocket)
6. Burn colestrol
7. New handphone

Cukup ler tu, takut tak tercapai pulak nanti...

Long term plan...
Nak pegi Haji. So macam mane nak buat? Simple plan aku save RM100 sebulan. Setaun dah RM1200. Sepuluh taun dah RM12,000.00. Tu tak kire interest lagi tu. ASB pon announce 8% last year. So kalau diizankan tuhan 10 tahun dari sekarang aku nak pi haji. InsyaALLAH.


Wednesday, December 23, 2009

Bonus + Increment...

Salam...

Semalam memang happy coz dapat memo from HQ.

Bonus 1 bulan gaji masuk hari esok (24/12)
Increment RM200.00/ month effective 01-01-2010.

Alhamdullilah murah rezeki aku sekeluarga. Ni yang membuatkan aku lebih bersemangat nak berkerja nih...

"Ya-Allah, berikanlah aku kekuatan, kesihatan dah ketabahan dalam menjalani kehidupan seharian demi keluargaku dan umat Islam seluruhnya"... Amin.

p/s: meh le kengkawan datang KB. Aku belanjer Nasi Ulam, masakan kampung selera Kelantan. Tak mau budu, cecah sambal belacan. (aku pon tak makan budu ni walau dah dekat 2 taun stay dekat KB).

Tuesday, December 22, 2009

weight²...

Salam...

Semalam adalah hari yang mengejutkan. Setelah sekian lame aku tak naik penimbang (last sebelum puase ari tu). Jadi aku try ler memanjat penimbang tuh. Latest weight 90KG. Mak aihh, beratnye haku...

Dengan ketinggian 180CM, berat 90KG. BMI aku lebih kurang 27. Normal dari 18 - 24.9. Aku dah tergolong dalam kategori overweight nih. Kene lakukan sesuatu nih...

Aku kalau bab makan memang selera, taruk ler ape pon. Inysa-ALLAH lalu jer aku makan. So bile nak berdiet ni, memang a bit problem jugak ler. Tapi aku akan cuba. Antara langkah² yang aku cuba buat:

1. Ambik sarapan yang berat. Tapi tengah hari just makan roti aje.
2. Kurangkan nasi bile makan malam. Tido pon kene awal, kalau overnight perut cepat lapar.
3. Puase on every Moday.
4. Senaman at least once a week.

Cukup ler tu, kalau banyak sangat nanti tak terbuat pulak. Target aku dapat maintain 80KG pon dah ok tu. So aku kene loss 10KG. Aku akan cube...

Sunday, December 20, 2009

b&w photo contest...

Salam...


my pic..

Thanks to mamarempit which intoduce me to join the contest. As i concerned, the contest not very formal but very interesting to join. As long the as the date not expired, we can join this contest.

Tajuk Pict: Whare is my meals?
Stay at foodcourt but tongkat dagu aje... Soft editing with current tools.

Cheers....

Sunday, December 13, 2009

Perodua Alza...

Salam...

Selamat datang new model Perodua Alza. Baru² ni baru sempat nak pi jenguk model baru nih. Macam dah terlambat jer, tapi aku ade reason aku sendiri pi tengok lambat. Selesa sikit bile dah lambat nih, tak ramai orang dekat showroom. Semangat jugak sebab rega dia boleh kira rendah. Harga dari RM55 +++.00. Tolak 10% dep, monthly repayment 9 taun dalam RM620.00 (lebih kurang ler). Ok kot rega tuh.


Mem aku kate buat ape kete besar², kite ber-3 aje sekarang. Aku kate, lagi 9 taun kite tau tambah berape ramai. So dia pon macam ok je alasan aku. Tapi killer statement dia, "Tak pelah, Abang yang nak bayar". Adeiii, tajam ayat tuh. Tak pe, ni bukan urgent basis, projek interchange nih paling cepat pun June 2010. Paling lewat, depense on situation.

Kenape Perodua? Aku bukan familiar sangat dalam automotif nih, tapi tak ler tak tau langsung. Aku paling minat Nissan Grand Livina. Tapi rega dia tu yang tak tahan. Boleh semput membayarnya. Nak maintain lagi. Boleh tak makan anak bini aku nanti. Proton unveil Exora. Ok jugak, tapi aku refuse sikit ngan Proton nih. Aku Ex-Proton, so aku taku ler internal depa nih. Lagi pon aku drive perodua dah lebih 5 taun. So far not much problem. Yang bestnye maintainance rendah.


Aku tengok engine dia same jer macam engine Myvi. Cume CC dia 1.5, Myvi 1.3. Yang best lagi dia pakai timing chain. Same macam Myvi. Base on review tak bergerak memang ok. Driving position selesa, seat lembut jer. (sebab baru lagi kot). Later la, kalau betul² nak ambik baru nak buat test drive. So far memang best new model nih. Cume nak ambik auto or manual transmission.

Auto syok layan time drive. Rilek jer kaki. Time jammed or time over taking, tekan jer. Manual pulak so far menang dekat fuel saving ngan maintainance. Fuel cosumption 15km/ litre for manual and 12++km/ litre for auto. Transmission oil pulak kalau manual baru RM20/ change, kalau auto mau dekat RM100/ change. Tapi aku aspect auto transmission, Mem aku aspect manual transmission.

Banyak version yang Perodua offer. Yang paling mahal sampai RM69 +++.00. Tak de pulak model ni semalam, sales men pon sibuk jer entertain customer lain. so tak dapat ler nak bertanye lebih² pasal model nih. Tapi aku agak² extra on ABS, EDB and dual air bag aje kot. Leather seat, spoiler etc. Kalau poket tebal mau jugak yang full spec nih, tapi kalau bagi aku yang basic pon dah ok. Better then never.

Aku suke interior dia. Simple and easy. Aku agak kete ni ringan sikit and acceleration dia mesti terangkat. Myvi tu 1.3 pon, lagi macam pelesit. Ni pulak 1.5 dvvt. Tapi aku bukan nak laju sangat, cukup ler nak over take lori balak dekat Lanchang tuh. Yang paling aku excite, 3rd row seat tu pon aku boleh masuk. Cume seat dia nipis sikit. Aku yang 180cm ni pon boleh menyelit, nampak dari luar macam sempit jer. Tapi bile cite bab mpv ni memang ruang bagasi tu jadi issue sikit. Ruang bagasi memang limited. Very² limited. Pandai² ler nak adjust nanti.


New Perodua Exora interest dalam 3.83% / year. Ok kot, sebab kete aku dulu new model jugak 4.5 % / year. RM6++.00 nanti nak bayar, boleh senak jugak tuh. Tapi aku mengharapkan rezeki aku akan lebih murah pada 2010 nanti.

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raye...

Salam,

Dikesempatan ini aku mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua rakan² bloging aku... semoga mendapat keberakatan dalam beribadat.






Dan dalam mase yang same Selamat Kembali Berkerja... Jangan malas².

p/s: poket dah kering ni, sambung puase lagi la....

Tuesday, September 8, 2009

Duit raye...

Salam.

Kalau cite bab raye mesti kene selit duit raye. Dulu mase bebudak syok je kutip duit raye. Lani tak de mase dah nak mengutip duit raye, memberi duit raye la jawabnye...

Sampul duit raye dah ade, duitnye je belum dapat lagi. Tapi aku dah booking, nasib le ade member keje bank, buleh booking by phone jer.
p/s: raye dah makin dekat tu... less then 2 weeks je lagi.

Sunday, September 6, 2009

Sahur part 2. (03-09-2009)

Salam...

Kali ni real punye sahur dekat KFC. 0430 dah sampai KFC. Ape meals nye?

Sahur Combo... -Combo1- nasi lemak + ayam + hot coffe
                         -Combo2- ayam OR 2 pcs + bun + hot tea.  Total 2 combo ni RM17.70.
Nasi lemak tu RM5.50 tuh (nasi, bilis, telo sekerat, timun 3 potong + coffe) + ayam  RM2.60. 
Mahal kan? Belasah je la, aku kasi mem aku rilek pagi nih. Tak payah sesusah tanak nasi pepagi. (bodek tuh).
Time aku tengah makan, Nisa pulak macam biase dengan aksinya...
Tak kire, awal pepagi pon tetap nak pi main. Mane² lah, asal jangan mengamok udah...
p/s: syok jugak layan KFC, jom dtg KB aku belanje...

Thursday, September 3, 2009

Rumah Baru...

Salam....

Sempena hari baik, bulan baik ni aku ter-cat rumah aku...

Konsep same macam dulu, keep it simple.

For my fellow, sorry for silence. Will more active after repaint my home...

Selamat Berpuase.

Thursday, August 27, 2009

Sahur...

Salam.

Adeiii penat buang sarang lelabah dekat rumah aku nih, lame tak menjengok...

the main story is time sahur pagi tadi.
Pagi tadi mem kejut bangun sahur dengan kelam kabut. Biasenye kalau kejut macam tu, time sahur dah nak abis. Rupe²nye gas abis.... Adei jam pukul 0430, mane nak cari gas time macam ni.
Aku jenguk ke dapo, ikan baru je masuk dalam kuali. Nasi dah masak with rice cooker. Mase tu teringat member aku kate, kalau gas abis siram kepala gas tu dgn air panas. Gas akan keluar lagi. So aku try ler, hampeh langsung tak keluar api. Tak bole pakai care tuh.
So pepagi angkut anak aku yg tgh tido, cari le kedai makan yang bukak lagi. Dah 0445 pagi, mane ade kedai bukak lagi. Semua dah lipat meja. Aku dok berkira² beli roti dekat 7E jer. Tibe² ternampak le KFC. Nasib baik KFC 24 hour la nih. Beli ayam goreng, makan dekat rumah. Bersahur dalam keinsafan.

p/s: nak sahur dekat KFC, Nisa pulak tido. Next time sahur dkt KFC, ade sahur combo tuh...

Monday, July 27, 2009

Newbies...

Tadi mase dekat Kawanku, pelik aku tengok duit ni...



Rupenye duit RM50 baru la... Cantik and creative.


Cantikkan?

p/s: sebenarnye aku nak bg tau yang aku dah gaji... yahooooo

Tuesday, July 21, 2009

Mari Membaca

Salam...
Sejak bila aku boleh membaca? Dari darjah 1 aku dah boleh membaca walau merangkak². Aku bersyukur sebab abang aku mase tu banyak mengajar aku mengeja. Selain dekat sekolah, dekat rumah aku akan belajar membaca. Mungkin sebab family aku memang suka membaca, so semangat nak belajar membaca tu tinggi sikit.


Dulu mase sekolah rendah bace buku kanak² je la. Abang aku pulak selalu beli majalah Gila-Gila dan Fantasi. Mase tu aku mane ade RM, so bace je la ape yang abg aku bace.




Abang aku kekadang suke bace cite hantu... Aku pulak biase bace majalah aje, tak pernah bace novel. So ni antara novel terawal aku bace. Bercakap Dengan Jin. Cite sambung² kene beli selalu. Sanggup simpan duit belanje sekolah.


Bile naik sekolah menengah aktiviti membaca terus berajan. Aku mule layan novel. Aku layan buku akak dgn adik aku jer. Antara nover terawal yang aku pernah bace, Sekeping Kad Valentine tulisan Ahadiat Akashah. Dulu aku suke baca novel dia ni, sebab zaman² remaja. Cite dia banyak pasal budak² remaja.


Kalau majalah pulak aku suke layan Roda-Roda. Majalah kesayangan aku ni, cite bab motosikal sedunia. Kalau komik pulak tentu la Mutiara Naga. Tak pernah miss dia punya episod. Bilik aku time tu dah jadi perpustakaan mini. Banyak giler majalah. Kalau bersepah, sure mak aku bising.



Lelame bahan bacan aku makin berat. Aku makin obes pada buku yang lebih tebal dan makin pelbagai bahan bacaan aku. Tapi aku tak suke novel yang jiwang². Banyak cite sedih². Aku suka pada yang lebih happening. Kalau bace cite Jibam or Anak Dara Menteri suke akan ketawa, memang kelakar cara penulisan. Ilang kejap problem dalam kepala.



Sejak ade Nisa ni aku kurang membaca buku. Tak sempat nak bace, seharian bekerja. Bile malam lepas makan melayan Nisa pulak. Sian Mem seharian jage Nisa, biler malam aku pulak ler take over. Bile anak dah tido, aku sempat membelek akhbar harian aje iaitu KOSMO. Kenape Kosmo? sebab murah, simple dan padat. Kurung citer bab politik dan banyak rencana lain. Aku tak pernah miss membeli KOSMO sejak bertahun². Kalau ter sold out, ruginye rase.


Dulu aku rajin membace Novel. Aku suke yang thriller dgn komedi. Bile dah bertahun² membaca novel, aku cuba beralih arah pada buku yang lebih Ilmiah sikit. Motivasi, sejarah dan biography. Sebabtu aku suker akhbar KOSMO. Dia ade macam² rencana. Banyak rencana² yang ilmiah. Lagi pon mase tak banyak sangat nak membaca.
Untuk taun 2007 ni, ni je buku yang sempat aku beli.



Yang ni pon tak abis mentelaah lagi. Moga² pemahaman bahasa inggeris ni makin bertambah. Tapi timing nak membaca tu selalu tak betul. Ape² pon, aku tetap akan abiskan membaca buku ni.

Walau aku banyak membaca, tapi bahan bacaan aku dulu hampir 100% bahasa melayu. So english aku tak berape bagus sangat. So sekarang aku cuba beralih arah sikit mempelbagaikan bahan bacaan. Membaca memang cool n relax tapi make sure time memang free. Jangan terabai tanggungjawab dek kerana terlalu banyak membaca sudah.
Semua kene seimbang, tapi bab mengaji Al-Quran jarang sikit. Kene perbanyakkan lagi buat aku. Moga² aku sentiasa mempunyai kelapangan untuk membaca kitab suci ini. Amin.

Wednesday, July 1, 2009

Good Luck...

Salam...

Good luck pada sahabat cyber aku, Liz... Semoga success selalu. Pesanan aku, "Friends are like stars, Not always seen but always there".
Yang penting jangan loss contact...



p/s: Sorry liz aku copy gambar dari rumah ko...

Tuesday, June 30, 2009

Apprisal.

Salam...


Musim menilai dah kembali. Esok aku akan dinilai oleh supperior aku yang datang dari HQ. Adehh boringnye la bile time apprisal ni kembali. Tapi dah comp role kan, nak buat macam mane.


Harap² esok ade perkhabaran gembira dari boss. Mane tau dapat naik gaji, naik gred. Tapi walau ape pon perkhabarannya, aku akan tetap berkerja dengan bersungguh-sungguh.